Selasa, 31 Disember 2013

Resepi Popiah


Salam penghujung tahun 2013.  Diam tak diam dah abis pun tahun 2013. Masa berlalu terlalu pantas ? kenapa ekk?  sebab kita sibuk dan macam macam nak buat. Cuma orang yang bermalas malasan sahaja yang asyik cakap lambatnya masa berlalu, bila  la nak cukup bulan dan apa apalah yang berkaiatan dengan lambatnya masa berlalu.. hehehe.. ;-)

OK.. kita tinggalkan dulu kisah tahun 2013 yang dah dipenghujungnya. Kisah Popiah Goreng Berinti Ayam dan Sayuran adalah resepi dan cara-cara yang akan di hebohkan disini.  Mungkin nampak macam senang jer nak buat tapi tanpa tips yang sebenarnya, popiah kita akan terbuka, lembik dan berminyak bila digoreng.

RESEPI POPIAH GORENG BERINTI AYAM DAN SAYURAN

INTI POPIAH AYAM DAN SAYURAN

1 ketul dada ayam         
1 bji bawang merah       
5 ulas bawang putih  
1 batang lobak merah
Secekak kacang panjang
RM1 taugeh
2 keping tahu
3 sudu besar minyak masak
garam dan perasa secukup rasa

* Hiris kecil dada ayam dan ketepikan
* hiris halus bawang merah dan bawang putih
* racik kacang panjang dan potong lobak merah halus dan panjang (lebih kurang 2 inci)
* tahu di potong kecil kecil

CARA MEMASAK INTI

~ panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau
~ masukkan ayam hiris dan kacau hingga ayam masak (3 minit je)
~ masukkan kacang panjang dan lobak merah dan kacau gaul hingga layu sahaja
~ tambahkan tahu dan kacau rata.
~ perasakan dengan garam dan perasa secukupnya
~ matikan api dan masukkan taugeh. Kacau gaul hingga rata dan biarkan sejuk sedikit.

Ikut langkah langkah seperti dalam gambar untuk melipat popiah.  HAAAA... kat sini saya nak beri tips yang TERPENTING.. cara nak lekatkan kulit popiah supaya tak terbuka ketika digoreng.

TIPS : bancuh 1 sudu tepung gandum dengan sedikit air tetapi jangan terlalu cair. sedang sedang aje macam tepung goreng pisang. Sapu lah pada hujung kulit popiah dan hasilnya... WAHHH!!


Letak inti anggaran satu sudu besar biar padat dan banyak. Kalau nak buat popiah panjang panjang, kita susunkan inti biar memanjang. Tapi kalau nak popiah yang gemok gemok, biarkan saja dan terus gulung.

          
Haa.... Time nilah kita kene sapu bancuhan tepung yang kat atas tadi... JGN LUPA..kalau tak, kureng la penampilan popiah tu nanti bila dah siap digoreng.



Bila dah siap semua popiah digulung, barulah dipanaskan minyak dan buka api sederhana sahaja. kalau api besar besar, popiah jadi tak garing didalam dan mudah lembik.  Balik balikkan selalu sebab popiah ni tak reti nak duduk diam bila kita terbalikannya dan kenelah kacau selalu supaya rata masaknya.  Pasal nak buat sosnya, tak payah susah susah nak rebus cili bagai. kat sini, saya gunakan sos cili ditambah dengan sedikit air panas, kacau dan siap untuk dihidangkan bersama kopi atau teh. Ari ujan pulak tu.. selamat berjaya.


Adios...

Jumaat, 13 Disember 2013

Cenderahati Kahwin - Goodies Bag


Mexico Butter Bun (Roti Mexico Mentega) siap juga ari ni. Cenderahati pengantin untuk tetamu dihari bahagia. Roti ini satu set ngan kotak sekali. Kaler kotak boleh pilih ikut tema. Kalau tempah awal, apa apa kaler pun boleh. Kalau last minit, kene ikut apa kaler saya ada.. sebab susah nak cari dan tak sempat kalau nak tempah.....  senangkan... tak payah nak fikir nak masuk dalam apa...untuk maklumat lanjut kelik Di Sini



Tema Pengantin ni hijau dan berjalan sampai Ayer Hitam untuk dapatkan stok 1000 unit. Kat Kluang tak banyak dan harga pun lebih mahal..... nak kene tempah bagai.... Klau kat Ayer Hitam, pilih, bayar dan terus bawa balik sambil boleh cuci mata tengok benda lain... tengok je... beli ?.. tak yah la... kat umah dah banyak dan nanti kene komplen dengan orang tukang bawa..... :-)

Memang seronok jalan jalan kat Ayer Hitam,... syurga barang hiasan cuma sediakan duit, masa dan kosongkan boot kereta...

adios...

KEK HARI JADI

Seronoknya bila hari lahir kita diingati  dan diraikan. Bukannya apa, cuma rasa dihargai dan disayangi... betulkan?.. Bukan hadiah besar dan kek besar yang di nanti, cukup sekadar ucapan ikhlas dari hati..

Tahun ni anak sulong telah bekerja.. hadiah pertama dari hasil kerjanya sangat mengujakan dan menyentuh hati ini. Alhamdulillah.... terima kasih Ya ALLAH atas kurniaMu kepada ku mendapat anak yang baik dan soleh.

Selamat Hari Lahir ucapan ikhlas dari hati ini untuk Dato Hajah Sharifah Azizah. Semoga hidup berbahagia dunia dan akhirat. Amin Ya RABB.

Ahad, 8 Disember 2013

Sambutan Hari Ibu, Bapa,Guru dan Jururawat P/Tani Kluang

















Kek sempena meraikan sambutan Hari Ibu/Bapa, Hari Guru dan Jururawat yang diadakan di Pasar Tani Kluang pada 28 May 2012. Dihasilkan oleh Sue Cookies & savoury. Kek coklat yang bergitu lembut dan gebu. Setelah merasa ramai yang menelefon minta resapi dan cara membuatnya. Kepada mereka yang ingin mencuba semuga berjaya.

Kek Hantaran Fondan

Orang kata musim cuti sekolah musim orang kawin..... hendak menidakkan macam betul la pulak dan memang itu pun hakikatnya. Musim ni pun boleh juga dikatakan musim menambah pendapatan kepada tukang tukang membuat kek, tukang masak, mak & pak andam serta tukang besi (kanopi la..)

Dalam kesibukan menyiapkan tempahan kek dan roti, baru perasan untuk musim ni banyak kek berwarna biru ditempah. Gandingan biru dan pink nampak begitu menawan. Kalau guna fondan, untuk perjalanan jauh memang sesuai kerana kek tidak rosak dan maintain menarik.

lagi satu kebaikan dan keistimewaan fondan ni... ianya akan menambah seri kepda gambar gambar hantaran  dan perkahwinan. Kalau tak percaya... tengoklah sendiri hasil yang saya rakamkan di SUECOOKIES

Selamat Bertunang dan Selamat Pengantin Baru kepada semua pelanggan yang menempah semoga jodoh kalian berkekalan selamayna...

Adios...


Sabtu, 7 Disember 2013

TAHU DAN TEMPE GORENG TEPUNG


Hari lepas hujan perut memang lapar, nak masak apa ek untuk menu minum petang?... teringat pagi tadi pergi pasar tani ada beli tahu dan tempe. Ingatkan untuk masak ungkep (ketumbar jintan) malam nanti. Maklum la ada darah campuran jawa, sesekali nak juga pekena !... Anak anak dan anak buah dan mula jerit lapar la !.. lapar la !... oh!.. macam ni lah jadi mak, lagi hari cuti makin kerap masuk dapur dan makin cepat gas habis ;-)

Resepi ni sebenarnya asal dari Tahu Sumedang yang saya makan masa pergi kursus perniagaan yang dianjurkan PUJB & SIRIM. Tahu Sumedang ni adalah tahu berempah resepi asal Sumedang Indonesia. Memang sedap tapi sukar diperolehi sebab ada kat JB aje.

Nak jadikan tahu biasa dan tempe sedap? .. boleh dijadikan menu minum pagi dan petang yang enak dan ringkas.., senang je, ikut resepi ini :-

RESEPI TAHU & TEMPE GORENG TEPUNG

- Tahu di potong empat
- Tempe di potong serong (jangan terlau tebal @ nipis)
- Tepung goreng berempah (dibancuh sederhana cair)

CARANYA
- Panaskan minyak, celupkan tahu / tempe kedalam tepung dan goreng dengan  api yang sederhana hingga keemasan. siap dihidang bersama sambal kicap. Perghhh!!..

Pasal tepung goreng berempah, saya suka gunakan Tepung Goreng Ayam Pedas PakLong  Tepung goreng ni dahlah murah, sedap pulak tu, nak buat chicken chop ke.. fish  & chip ke... tepung ni memang sesuai. Lain kali kita  cerita pasal nak buat fish & chip pulak.. kos murah, satu keluarga boleh makan.

Adios...     


Ahad, 1 Disember 2013

Pertandingan Menghias Kek

              Sempena Karnival 1 Malaysia Best Ekspo Agro Johor 2013, pertandingan menghias kek telah dianjurkan oleh pihak penganjur dan saya telah dijemput untuk menjadi juri pertandingan. Sebenarnya dah lama tak menjadi juri pertandingan. Bukannya tak mahu, tapi masa selalu bertembung dengan kelas-kelas bakeri. kalau nak batalkan kelas, kesian pula pada pelajar-pelajar yang dah lama tunggu.


            Para peserta pertandingan ini, sebahagiannya adalah ex-student bakeri saya. Saya suka dan menggalakkan mereka masuk bertanding sebab boleh membuka minda dan mereka jadi berani berdepan dengan audien. Ada juga yang terketar ketar tangan pegang piping bag !.. Segala idea rasanya terbang entah kemana sebab takut dan gementar... ;-)

 

               Peserta sepatutnya 15 orang tapi tinggal 12 aje sebab ada yang tarik diri saat saat akhir. Saya bimbang juga pada mulanya memandangkan para peserta adalah dari kalangan mereka mereka yang telah biasa membuat dan mengambil tempahan kek. Bimbang student saya rasa mereka tak layak berada dalam acara.

 


                Tapi hati saya kuat mengatakan bahawa mereka adalah setaraf dan begitulah jadinya.. Kesudahan yang indah !! student saya mendapat tempat kedua dan 3 orang mendapat saguhati !!. Yang penting, dapat sijil penyertaan dan cenderahati yang hebat dari FAMA.

  
                                                               
               Terima kasih kepada FAMA yang telah menjemput saya dan kepada student saya, Syafiq, Zazilah, Siti Nora & Roshaliza TAHNIAH!!  kerana berjaya menamatkan pertandingan ini dan dapat pengalaman berguna.

            Jumpa lagi tahun depan dan bersedia serta berlatih untuk pertandingan dalam EXPO MINI MAHA 2014!! Keterangan lanjut Kelas Bakery

Adios...


Khamis, 4 Julai 2013

BARBIE DOLL CAKE


RM50.00
Berat 1 kg
SUZIL Bakery Cake House
NO 6, Jalan Kedondong, Taman Suria,
86000, Kluang Johor.

KEK PERTUNANGAN

Kek pertunangan ditempah khas untuk hari istimewa semuga ikatan dijalin akan berkekalan.
SUZIL Bakery Cake House
NO 6, Jalan Kedondong, Taman Suria,
86000, Kluang Johor.

RM50.00
Berat : 1 kg

Ahad, 30 Jun 2013

DURIAN CREPE

Durian Crepe
Limited
RM10/pack(4 pcs)
SUZIL Bakery Cake House
NO 6, Jalan Kedondong, Taman Suria,
86000, Kluang Johor.

STRAWBERY STRIPE



Strawberry Stripe
RM 20/bottle(45-50 pcs)

SUZIL Bakery Cake House
NO.6, Jalan Kedondong 1, Taman Suria,
86000, Kluang Johor

Khamis, 27 Jun 2013

SQUARE CHEESE

square cheese
Square Cheese
RM 22/ bottle(45-50 pcs)
SUZIL Bakery Cake House
NO.6 Jln. Kedondong 1, Taman Suria,
86000, Kluang Johor.

Rabu, 26 Jun 2013

MILKY SNOW


milky snow 2

milky snow
MILKY SNOW
RM 20/pack(45-50 pcs)
(Bergantung pada saiz)
SUZIL Bakery & Cake House

Jumaat, 21 Jun 2013

CHOCOLATE RING

PicsArt_1371781864348


20130621_203919

CHOCOLATE RING
RM 20/bottle (45- 50 pcs)
Boleh didapati di SUZIL Bakery Cake House(Fb)
NO.6 Jalan Kedondong 1, Taman Suria,
86000 Kluang, Johor

ALMOND ROCHER

DSC02974
ALMOND ROCHER
RM 25/bottle (50 pcs)
boleh didapati di SUZIL Bakery Cake House(FB)
No 6 Jalan Kedondong 1, Taman Suria,
86000 Kluang Johor

Selasa, 21 Mei 2013

Resepi Polkadot Cake Roll

RC PKT
POLKADOT CAKE ROLL
Bahan-Bahan
A Putih Telur - 5 biji
Gula Kastor - 90 gram
Serbuk tartar - 3 gram @ 3/4 sudu kecil
B Kuning Telur - 4 biji
Minyak Masak - 60 gram
Air - 80 gram
C Tepung Kek Halus - 100 gram
Serbuk Penaik - 3 gram @ 3/4 sudu kecil
Inti Kastad
Tepung Kastad Segera - 50 gram
Air Sejuk - 100 gram
Krim Putar (Fresh Cream) - 100 gram
- Campurkan tepung kastad dengan air dan kacau dengan pemukul telur hingga sebati. Masukan krim putar dan pukul kingga kembang.

Cara-Caranya

Bahagian 1 (Corak)
1. Ayak tepung halus dan serbuk penaik
2. Tambah bahan (B) dan gaul dengan pemukul telur hingga sebati. Ketepikan
3. Pukul putih telur pada kelajuan tinggi selama 1 minit
4. Tambah gula dan serbuk tartar
5. Pukul hingga adunan membentuk puncak lembut dan tidak jatuh
6. Ambil 2 mangkuk dan letakkan 1 sudu adunan pada setiap mangkuk
7. Letakkan pewarna dan kacau rata
8. Ambil 1 sudu adunan meringue dan campurkan kedalam adunan berwarna tadi.
9. Buatkan corak diatas loyang yg telah dialas dengan kertas minyak
10. Bakar pada suhu suhu 160⁰C selama 1 minit.
Bahagian 2 (Kek)
1. Campur separuh adunan (meringue) kedalam adunan kek dan gaul sebati.
2. Masukkan lebihan adunan dan kacau rata
3. Tuang adunan kedalam Loyang yg telah dilukiskan corak dan dibakar. Ratakan.
4. Bakar pada suhu 160⁰C selama 15-20 minit.
5. Angkat kek dan terbalikkan pada loyang kosong . Ini adalah cara untuk membuang kulit pada permukaan kek
6. Terbalikkan semula kek dan sapu krim kastad seluruh permukaan kek. Buat potongan kecil dihujung kek.
7. Gulung kek dan siap untuk dihidang.

Khamis, 16 Mei 2013

ANIKA CAKE


Salam. Inilah sebahagian kek yang dapat disiapkan untuk hari ini...selebihnya telah terjual....
Order SMS/E-mail/Call 019 776 0646















Selasa, 14 Mei 2013

Chef Cilik







Kalau anak anda berminat, jangan hampakan mereka... bukan kemahiran mereka yg hendak diasah, tetapi keyakinan diri dan keberanian mereka sepatutnya diberikan pujian, kerana berani melalukan suatu perkara yg orang dewasa sendiri pun belum tentu mampu melakukannya...tapi anak anak ini begitu teruja sekali untuk memulakannya... TAHNIAH.. kepada LYSA, HAZIQ, NURIN & DANIA


Selasa, 30 April 2013

CUPPUCINO CAKE

DSC08066 
Kek cappucino dengan lapisan krim cappucino yang harum pasti memikat selera anda.  Taburan serbuk koko akan menambah dan menaikkan lagi rasa kek ini. Kepingan biskut oreo akan menambah keenakkan kek ini.

PENGAMBILAN PELATIH INDUSTRI (INTERN)

 Kami sedia menerima Pelatih Industri (Intern) dalam bidang Bakeri - Peluang pekerjaan dengan kami - Mempelajari teknik membuat berbagai jen...