Khamis, 17 September 2015

kelas roti dan kek kluang johor


Salam... dah masuk bulan zulhijjah. Bermakna raya haji @ korban pon dan dekat. Salam Takziah kepada keluarga mangsa kemalangan tren tumbang di Mekah. 

Kelas kek dan roti memang tinggi permintaannya. Lebih lebih lagi bila nak dekat raya dan juga cuti sekolah. Cuma jadual yg padat dengan tempahan membuatkan kelas  tertangguh seketika.

Saya kongsikan gambar gambar ini sepanjang kelas diadakan untuk memberi semangat bersama. 



Yang ni, kelas cheese cake bersama practical student dari Politeknik Pasir Gudang. bukan setakat buat kelas aje. buat practical pon boleh kat sini. Kalau jauh, tempat tinggal saya sediakan. Kat atas kedai aje.



Haaa...tengoklah, banyaknya roti yg mereka buat. donut pon ada. roti naik pon ada. tak teringin ke?. ini semua hands-on. mereka buat sendiri dengan tujukajar saya.




Ini pula, kelas roti putih @ roti potong, roti pita, roti gandum dan roti perancis. Memang seronok kalau kita belajar dan pandai buat. Disamping untuk hidangan keluarga, boleh juga jadi pendapatan tambahan.



Dua anak dara yang malu malu. Bila cuti sekolah, inilah ceritanya. Belajar buat kek dan menghias kek. Kelas yang happy dan happy




Roti yang dihasilkan pelajar dan anda pasti teruju untuk belajar dan belajar lagi.

Whatsapp @ pm saya untuk kelas atau klik di sini 


Adioss..

Rabu, 19 Ogos 2015

Resepi Roti Manis Gebu

Salam… lama juga tak menulis kat sini. Rindu kalau dah lama sangat biarkan blog tanpa cerita baru. Hari ni kita berkisah pasal roti pula. Selain nasi, roti adalah satu dari makan ruji atau makanan pilihan bagi penduduk dunia. Hampir sebahagian besar penduduk dunia ini tidak dapat dipisahkan dari makan roti. Samada sebagai bahan makanan utama atau sekadar mengisi perut yang berceriut minta diisi.  Makan roti lebih ringkas dan mudah dan ianya juaga mempunyai serat yg banyak untuk badan terutamanya kalau makan roti gandum penuh.
 

Dalam pembuatan roti,  jenis tepung yang digunakan adalah bahan asas utama yang akan menentukan tekstur roti yang kita buat. Tepung yang protiennya kurang dari 11% kandungan tepung,  tidak sesuai untuk dibuat roti.   Tepung gandum atau general purpose flour @ tepung pelbagai guna juga  tidak sesuai digunakan untuk membuat roti.   Ini disebabkan kandung protien yang rendah didalam tepung gandum tidak membolehkan ia menganjal dengan baik dan mengikat satu sama lain utuk menghasilkan roti yang lembut dan tahan lama.




Tepung roti juga disebut atau dikenali sebagai Tepung Protien Tinggi. ini adalah kerana kandungannya protinnya yang tinggi berbanding tepung lain.






Untuk menambah rasa serta keenakan, berbagai herba dan bijirin boleh ditambahkan ke dalam adunan roti. Keju juga boleh ditambah kedalam roti untuk aroma dan rasa yang hebat. Campuran buah buah kering juga menambahkan khasiat roti dan menambah nilai kepada produk roti. Kismis, aprikot kering, kurma, buah tin, pisang adalah pasangan ideal untuk roti di samping khasiat yang tidak ternilai.






Saya suka menyapu olive spread  keatas roti sblum dibakar untuk aroma yang emmmmm dan juga tekstur kulit yg cantik keemasan dan lembut. Garlic spread  juga hebat di jadikan inti dan roti sebegini tidak cukup jika makan satu sahaja. Kepelbagaian dan kelainan dalam ciptaan sememangnya perlu agar menghasilkan produk lebih kreatif dan owesome….

Saya kongsi resepi Roti Manis semoga jadi manfaat bersama.. Winking smile

BAHAN BAHAN A

1 Kg Tepung Protien Tinggi
200 gm gula pasir
30 gm tepung susu
15 gm yis kering
15 gm garam
5 gm improver

BAHAN BAHAN B
430 gm air
2 bj telur gred A

BAHAN BAHAN C
50 gm margerin
50 gm lemak sayur
20 gm pelembut roti

CARA CARANYA
- Campur semua bahan A hingga sebati.
- Masukkan bahan B dan uli hingga rata menggunakan speed 1.
- Masukkan bahan C. Tukar kpd speed 2 dan uli selama 15 minit atau sehingga doh boleh renggang      tanpa koyak bila ditarik.
- Keluarkan doh. Timbang doh 60 gm dan bulatkan semua.
- Gliskan nipis dulung pembakar dengan lemak sayur.
- Bentukkan atau isikan inti kegemaran anda dan biarkan menaik hingga dua kali ganda atau anda  rasa telah cukup besar untuk dibakar.
- Panaskan oven 180 darjah dan bakar selama 10-15 minit atau hingga kuning keemasan.

InsyaAllah jadi…

Adiosss…

Rabu, 22 April 2015

Tasbih Cenderahati

Salam ... Selamat menyambut Bulan Rejab yang penuh barokah. Selamat beribadah dan selamat berpuasa. Lama juga blog ini menyepi. Tiada masa terluang membuatkan saya begitu rindu untuk update aktiviti baru dan terkini. Alhamdulillah, berkat doa mak, keluarga tercinta dan teman teman, perniagaan bakeri semakin majujaya.

Tempahan untuk cenderahati bagi majlis nikah kawin, kenduri, bercukur semakin  bertambah dan terbaru, tambahan tasbih diminta disamping mufin dan roti. Oleh kerana ada sedikit pengetahuan untuk membuat tasbih, maka bermulalah era cenderahati tasbih ini.


Saya sangat teruja apabila contoh tasbih cenderahati yang diberikan kepada pelanggan saya terus diterima dan masa seminggu saya habiskan untuk menghasilkan 300 utas tasbih. Pilihan warna yang lembut adalah tasbih yang paling laris dan bagi yang berani bermain warna, warna garang dan terang juga sangat menarik sebenarnya !! lihatlah tasbih merah ini..


Bukan setakat tasbih yang cantik, kotak yang kami sediakan juga cantik dan menarik dan pilihan warna kotak juga boleh sedondon dengan warna tasbih yang dipilih.


Pilihan manik kristal juga sangat exclusive dan boleh digandingkan dengan apa sahaja warna kotak yang diidamkan sesuai tema majlis.


Purple.... kotak dan tasbih yang sedondon, nampak sangat  manis dengan gandingan kuning air menjadikan cenderahati ini amat bernilai dan lain dan yang lain.





PENGAMBILAN PELATIH INDUSTRI (INTERN)

 Kami sedia menerima Pelatih Industri (Intern) dalam bidang Bakeri - Peluang pekerjaan dengan kami - Mempelajari teknik membuat berbagai jen...