Sabtu, 20 Februari 2016

Kedai Roti dan Kek Kluang


Assalammualaikum dan salam sejahtera... nak cari kedai roti dan kek kepunyaan melayu/islam dikluang? ini lah dia kedai saya. Lokasi yg mudah dicari. Taman Suria, Jalan ke Niyor dan Paloh. Ada signboard Suzil iaitu sempena nama saya. dah registered tau.




Kedai saya berkonsepkan bakery n cafe. Boleh makan dan minum, sejuk n panas. Ada 20 buah kerusi dan beberapa meja. Cukup untuk bawa kawan kawan dan keluarga minum pagi, petang @ malam. Ada bun bulat bakar tau..dengan mentega yang cair dan kaya yg sangat osem.




Ada juga berbagai pilihan roti yang sedap dan evergreen. Cuma perlu tepuk perut, tanya selera. Saya berusaha untuk menambah pilihan produk yang hebat dan berkualiti.





Ini adalah antara produk killer saya dan sentiasa ada permintaan yang tinggi. Sangat sedap, besar dan harga? sangat berpatutan.Cuma RM2.50 untuk roti kacang bunga saya yang sebesar pinggan makan !!





Roti sarang lebah, dari mula diperkenalkan, hingga sekarang, produk ini masih bersama saya. Sos butterscotch yang sedap dan roti yang lembut, membuatkan gandingan ini sangat luarbiasa. cuma RM5.00 satu set. 






Roti roti panas dari oven. Sekitar jam 12 tghari,... roti panas mula dikeluarkan dari oven. boleh bli terus kalau nak rasa bagaimana hebatnya rasa roti ketika masih panas. Nak pengalaman ini.. datang lah dan jangan lupa tanya "ada roti panas ??





Bukan setakat roti aje, biskut  dan cheesetat pon kami buat. Cuba tengok, betapa segarnya biskut biskut ini. Tanpa pengawit dan perasa tiruan. semua yang terbaik kami persembahkan untuk anda menikmatinya.





Ada banyak pilihan cheesetat kami, blueberry, strawberry, coklat dan juga oren.. inilah rasa dan gandingan hebat untuk cheesetat. 





Akhir sekali, mestilah himpunan dan koleksi kek kek hebat kami. setiap satunya adalah "Masterpiece" sebab kami memunyai idea hebat setiap hari dalam menghias kek. (maaf, puji sendiri)



Selamat datang kami ucapkan dan selamat menikmati  pilihan mata dan hati.. adioss

Rabu, 17 Februari 2016

RESEPI BUTTERCREAM MUDAH, SEDAP DAN KURANG MANIS


BUTTERCREAM, kalau tak de ini maka tak bolehlah nak hias kek dengan mudah dan senang. buttercake memang sinonim dengan hiasan kek dan cupcake. Memang banyak resepi buttercream diinternet, namun ini adalah resepi yang paling mudah, kurang manis dan sedap.




RESEPI BUTTERCREAM

1 kg creamwell (dipanggil guna margerin putih @ creamlite)
2 sudu besar lemak sayur (tak ada pon tak apa)
500 gm gula aising (diayak)
1 sudu besar vanila
pewarna @ perasa (ikut suka)

- pukul creamwell dan lemak sayur dengan speed sederhana hingga sebati 
- campurkan gula aising dan juga vanila dan pukul hingga sebati
- tukar speed tinggi dan pukul sehingga kembang dan gebu seperti gambar diatas.
- simpan didalam bekas dan boleh tahan hingga 1 bulan.
- bila hendak guna, ambil sedikit dan campurkan pewarna @ perisa dan kacau rata.







Diantara hiasan hiasan cupcake yang menggunakan buttercream yang asli dan yang telah diwarnakan. pewarna yang terbaik adalah yang berasakan minyak (oilbase colour)





Hiasan angry bird dengan menggunakan buttercream dan pewarna hitam.Untuk kening dan paruh, sue gunakan fondan.





Ini pula hiasan hello kitty dan menggunakan teknik nozel bintang sepenuhnya



Hiasan Rossette menggunakan nozel bintang dan teknik pusaran.




Hiasan pelita raya. menggunakan teknik nozel bintang dan transfer image untuk garisan luar sahaja. Namun, semuanya berkisar tentang buttercream. Jangan lupa, boleh juga dijadikan inti untuk roti siput anda.... adios


LATIHAN INDUSTRI UNTUK PELAJAR IPTA IPTS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pelajar-pelajar dari IPTA / IPTS yang ingin menjalani Latihan Industri kami sedia menerima terutama pelajar dari Daerah Kluang atau kawasan berhampiran, walau bagaimanapun pelajar luar kawasan, kami ada menyediakan tempat tinggal ( perempuan sahaja ). Elaun tidak disediakan.

Pengalaman yang boleh diperolehi:-
  • mengenali peralatan @ mesin pemprosesan
  • cara mengendali peralatah @ mesin
  • mengenali bahan-bahan mentah
  • cara mengendali dan menyimpan bahan-bahan mentah
  • menproses makanan @ produk
  • persembahan produk untuk jualan
  • cara mengira kos dan menetapkan harga
  • cara melayan pelanggan dan lain-lain
Latihan akan dijalankan di bakeri kami yang beralamat di


Tel: 019 776 0646 ( Sue )
        011 1111 9695 ( Syafiq )
Email: suzilawati@suecookies.com.my



Ahad, 14 Februari 2016

RESEPI DONUT LEMBUT SAMPAI LUSA



Resepi ni sue cipta sendiri. Memang confirm lembut sampai lusa. Sue bagi sekali tips untuk dapatkan gula salut donut yg tak cair sampai lusa. Happy cooking !!!


RESEPI DONUT LEMBUT SAMPAI LUSA

Bahan A
1 kg tepung protin tinggi @ tepung roti
100 gm gula
11 gm yis (sepeket mauripan)
15 gm garam

Bahan B
2 biji telur
450 ml air

Bahan C
80 gm marjerin
20 gm lemak sayur (kalau tak ada, jadikan marjerin 100gm)

TIPS !!! gunakan dusting sugar untuk menyalut donat anda. (boleh dibeli dikedai barangan bakeri)
insyaAllah... donut masih cantik hingga lusa

Cara caranya
- campur dan gaul rata semua bahan A
- masukkan bahan C dan gaul sebati hingga jadi seperti serbuk roti dan tidak berketul ketul
- masukkan bahan C dan uli adunan hingga jadi doh yang elastik (dlm 20 minit jika guna tangan)
- jika guna mixer, uli hingga elastik
- keluarkan doh. bulatkan dan rehatkan selama 10 minit. Jika doh melekit, gunakan tepung gandum.
- canaikan doh jadi setebal 1.5 cm dan terap dengan acuan donat
- biarkan menaik sekali ganda
- sediakan minyak untuk menggoreng dengan api yang sederhana.
- goreng hingga keemasan, angkat dan toskan minyak
- biarkan donut sejuk dahulu sebelum dihias.
- siap....




TIPS !!! gunakan dusting sugar untuk menyalut donat anda. (boleh dibeli dikedai barangan bakeri)
insyaAllah... donut masih cantik hingga lusa




RESEPI SIRAP BANDUNG CINCAU


Nak rasa sirap bandung cincau yang betul betul kaw?.. cubalah resepi ini, sue jamin memang meletop dan sejuk je tekak. Mesti tak cukup segelas. untuk hidangan family, memang best. Untuk majlis kerja kawin, larat tak larat je nak bermodal.

RESEPI SIRAP BANDUNG CINCAU
2 liter air masak1 tin susu cair1 tin susu pekat1 senduk ibu sirap (sue guna jenama Ameen)cincau diparut secukupnyaais- campur semua bahan kecuali cincau dan kacau rata.- masukkan sirap bandung kedalam gelas bersama ais.- letak satu sudu besar cincau diatas air tadi.  SiapppSelamat menikmati.... adios

PENGAMBILAN PELATIH INDUSTRI (INTERN)

 Kami sedia menerima Pelatih Industri (Intern) dalam bidang Bakeri - Peluang pekerjaan dengan kami - Mempelajari teknik membuat berbagai jen...