Khamis, 27 Februari 2014

Roti Manis


Salam… lama juga tak menulis kat sini. Rindu kalau dah lama sangat biarkan blog tanpa cerita baru. Hari ni kita berkisah pasal roti pula. Selain nasi, roti adalah satu dari makan ruji atau makanan pilihan bagi penduduk dunia. Hampir sebahagian besar penduduk dunia ini tidak dapat dipisahkan dari makan roti. Samada sebagai bahan makanan utama atau sekadar mengisi perut yang berceriut minta diisi.  Makan roti lebih ringkas dan mudah dan ianya juaga mempunyai serat yg banyak untuk badan terutamanya kalau makan roti gandum penuh.
DSC00758_Fotor_Collage edited floss 2_Fotor_Collage
Roti pula tidak terhad kepada satu variasi sahaja dan disetiap negara didunia. pasti mempunyai sejarah roti mereka sendiri. Dari roti yang paling ringkas iaitu campuran tepung yis dan air kepada roti yang paling complicated namun tetap juga dipanggil roti cuma rasa dan tekstur  saja yang membuatkan ianya murah, mahal, sedap atau biasa biasa saja namum ia tetap roti…
edited kelapa_Fotor_Collage edited blue_Fotor_Collage
Dalam pembuatan roti, bahan utama yang digunakan iaitu tepung adalah bahan asas utama yang akan menentukan tekstur roti yang kita buat. Tepung yang protiennya kurang dari 11% kandungan tepung,  tidak sesuai untuk dibuat roti.   Tepung gandum atau general purpose flour @ tepung pelbagai guna juga  tidak sesuai digunakan untuk membuat roti.   Ini disebabkan kandung protien yang rendah didalam tepung gandum tidak membolehkan ia menganjal dengan baik dan mengikat satu sama lain utuk menghasilkan roti yang lembut dan tahan lama.
Tepung roti juga disebut atau dikenali sebagai Tepung Protien Tinggi. ini adalah kerana kandungannya protinnya yang tinggi berbanding tepung lain.
edited sosej 2_Fotor_Collage edited butter sugar_Fotor_Collage
Untuk menambah rasa serta keenakan, berbagai herba dan bijirin boleh ditambahkan ke dalam adunan roti. Keju juga boleh ditambah kedalam roti untuk aroma dan rasa yang hebat. Campuran buah buah kering juga menambahkan khasiat roti dan menambah nilai kepada produk roti. Kismis, aprikot kering, kurma, buah tin, pisang adalah pasangan ideal untuk roti di samping khasiat yang tidak ternilai.
Saya suka menyapu olive spread  keatas roti sblum dibakar untuk aroma yang emmmmm dan juga tekstur kulit yg cantik keemasan dan lembut. Garlic spread  juga hebat di jadikan inti dan roti sebegini tidak cukup jika makan satu sahaja. Kepelbagaian dan kelainan dalam ciptaan sememangnya perlu agar menghasilkan produk lebih kreatif dan owesome….
Saya kongsi resepi Roti Manis semoga jadi manfaat bersama..Winking smile Kalau nak lebih detail pasal macamana nak buat roti dan detail barang barang yg digunakan, sila klik disini.

BAHAN BAHAN A
1 Kg Tepung Protien Tinggi
200 gm gula pasir
30 gm tepung susu
15 gm yis kering
15 gm garam
5 gm improver
BAHAN BAHAN B
430 gm air
2 bj telur gred A
BAHAN BAHAN C
50 gm margerin
50 gm lemak sayur
20 gm pelembut roti
CARA CARANYA
Campur semua bahan A hingga sebati.
Masukkan bahan B dan uli hingga rata menggunakan speed 1.
Masukkan bahan C. Tukar kpd speed 2 dan uli selama 15 minit atau sehingga doh boleh renggang tanpa koyak bila ditarik.
Keluarkan doh. Timbang doh 60 gm dan bulatkan semua.
Gliskan nipis dulung pembakar dengan lemak sayur.
Bentukkan atau isikan inti kegemaran anda dan biarkan menaik hingga dua kali ganda atau anda rasa telah cukup besar untuk dibakar.
Panaskan oven 180 darjah dan bakar selama 10-15 minit atau hingga kuning keemasan.
InsyaAllah jadi…

Adiosss…

Rabu, 5 Februari 2014

Sambal Goreng


Salam…Cerita pasal masakan, sambal goreng macam dan sinonim dalam hidangan masyarakat Melayu di Malaysia ni. Rencah dan ramuan juga terdiri dari pelbagai macam dan berwarna warni macam kehidupan kita. Dalam masakan, gandingan warna akan menaikkan seri makanan disamping secara automatiknya juga, ia akan memberikan ransangan kepada pancaindera dan seterusnya akan mengkategorikan makanan itu sebagi sedap…wah…banyak komen la pulak. hihihi..
edited sambal goreng 1  edited sambal goreng 4
Sambal goreng tidak terhad ramuan yang ingin dicampurkan. Ianya juga boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti Sambal Goreng Sayur, Sambal Goreng Pedas (tentulah yang banyak cilinya), Sambal Goreng Babat, Sambal Goreng Tempe & Tahu, Sambal Goreng Cendawan dan banyak lagi.
     edited sambal goreng 3     edited sambal goreng 2
Kalau mak saya, dia suka makan sambal goreng babat yang ada campuran paru. Sambal  Goreng berwarna coklat kehitaman ini begitu lazat untuk dinikmati. Dalam Sambal Goreng, suhun, tempe, tahu, kentang adalah bahan utama disamping cili dan bawang. Resepi orang jawa pula, air asam jawa yang dicampurkan dengan belacan pula adalah resepi rahsia mereka yang pasti tiada siapa menyangkanya. Jadi, sambal goreng yang dicampurkan bahan ini memang meletop rasanya..
Hari raya tak sah kalau mak tak buat sambal goreng. Padahal, hari hari biasa pun bole buat, tapi bila hari raya, suasana yang berlainan itu menjadikan sambal goreng sebagai hidangan istimewa untuk kami semua.. Terima kasih mak.. we luv u..Pn Kamsinah.
Kali ni saya share resepi sambal goreng sayur yang mudah disediakan dan enak pula..
edited sambal goreng 1
BAHAN BAHAN
3 biji kentang ( dikupas, potong memanjang dan goreng garing)
sekeping fucuk @ tahu kering (direndam & potong kecil)
dua keping cendawan hitam besar yg kering (direndam & potong kecil)
secekak suhun (direndam & potong 2 sahaja)
1/2 cekak kacang panjang (dihiris memanjang)
4 tangkai cili merah (dihiris serong)
garam secukup rasa
BAHAN BAHAN TUMBUK
5 ulas bawang kecil
segengam ikan bilis
3 ulas bawang putih
BAHAN TAMBAHAN
1 cawan air asam jawa dari1 sudu besar asam. 1 inci belacan digaul sekali dlm air asam.
CARA CARA NAK MASAK
1. Tumis bahan bahan tumbuk bersama cili hiris dengan sedikit minyak
2. masukkan semua bahan kecuali kentang dan gaul rata.
3. Masukkan campuran air asam gaul dan biarkan seketika
4. setelah hampir kering, masukkan kentang dan perasakan dengan garam. siap.

** kalau nak sambal goreng ni kaler itam, jangan tambahkan garam tapi masukkan kicap lemak manis dan sedikit kicap pekat.
Selamat makan dengan nasi panas atau ratah aje…memang best !!

Adiosssssss..

Bergedil


Salam,…cuaca pagi ini begitu dingin dan angin sepoi sepoi bahasa terasa seperti berada di tanah tinggi. Mungkin cuaca sedang berganti musim dan seperti kita juga yang inginkan sesuatu yang berbeza untuk hidangan makan kita. Saya tidak begitu pasti dari mana asalnya makanan yang dinamakan Bergedil ini. Kalau ikut kata mak dan nenek saya, asalnya dari Tanah Jawa sebab mereka belajar dari moyang saya yang berasal dari sana dan berhijrah kesini sebelum merdeka lagi iaitu pada awal 20an..
edited bergedilllll
Bergedil boleh dimakan begitu sahaja sebagai makan utama kerana kandungan utamanya adalah kentang dan kentang pula adalah makanan ruji bagi sebahagaian negara di dunia ini. Jadi…memang kenyanglah kalau makan bergedil sahaja tanpa sampingan lain. OK…hari ini akan saya kongsi resepi bergedil express yang senang disediakan dan cut the preparation time tapi masih sedap dan enak.
Bergedil juga boleh ditambah ayam, daging, udang atau apa saja yang disukai. Tetapi, bahan tambahan ini perlulah dihiris halus dan dimasak seketika  supaya tidak berair dan juga bimbang bahan tambahan ini tidak masak kerana bergedil tidak mengambil masa yang lama untuk digoreng/masak.
edited bergedil   edited bergedilll
BAHAN BAHAN
1 kg kentang (dibuang kulit, hiris nipis, digoreng lembap dan ditumbuk halus)
Segenggam bawang goreng
Segenggam ikan bilis/udang kering ditumbuk kasar
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
sebiji telur
garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1.  Campur semua bahan diatas dan digaul rata
2.  Ambil satu sudu adunan, kepalkan, buat bentuk bulat dan tekan sedikit supaya leper
3. Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng hingga warna keemasan.
Bergedil juga enak dicicah bersama sambal kicap. Juga sebagai garnishing untuk soto. Luaskan hidangan ini sebagai kudapan sihat bersama hidangan lain. Kalau masih banyak yang tidak habis dimakan, simpan sebagai makanan sejuk beku dan boleh tahan lama.
Adios…

PENGAMBILAN PELATIH INDUSTRI (INTERN)

 Kami sedia menerima Pelatih Industri (Intern) dalam bidang Bakeri - Peluang pekerjaan dengan kami - Mempelajari teknik membuat berbagai jen...