Khamis, 26 Julai 2012

Chocolate Cake With Fresh Cream





Kek berbunga ungu ini untuk hantaran biha buat tunangnya. Semoga selamat ke jinjang pelamin. Amin Ya Rabb.



Kek Fondant Satin Ice Blue

Salam Ramadhan untuk semua rakan pengunjung. Kek Fondant Satin Ice Blue ini dibuat khusus atas permintaan Pengantin. Kek ini saya lengkapi dengan sentuhan bunga bunga fondant kecil dan manis dipandang. Pengantin mahukan kelainan untuk hari istimewa beliau lalu saya menambahkan sekuntum bunga merah jambu sebagai penarik utama atas kek ini. Setiap sentuhan kek saya adalah masterpiece dan tidak ada yang serupa bagi setiap rekaan.

Ahad, 15 Julai 2012

Biskut Raya Sedap


Biskut Badam Putih (White Almond), Biskut Oat Rangup (Crunchy Oat). Almond Rocher, Sweet Izora. Tat Sepit Nyonya adalah antara biskut terbaik kami. Diadun dengan bahan terpilih dan dibakar rangup tanpa kompromi.

Biskut buatan tangan kami akan membuatkan deria rasa anda begitu terpesona dan itulah matlamat kami iaitu menyediakan biskut yang begitu enak pada kualiti lima bintang tetapi boleh didapati dengan harga 3 bintang. Stok kami terhad dan sila datang ketempat kami untuk menikmati pek percubaan atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.


Almond Rocher


Crunchy Oat


Tat Sepit Nyonya


White Almond


Sweet Izora.

Ahad, 10 Jun 2012

Chocolate Layer Cheese Cake






RM60 untuk 1.4 kg @ RM5.50 sepotong Chocolate Layer Cheese Cake ini sememangnya pemanis mulut yang hebat.campuran coklat cair dan krim putar menjadikan lapisan coklat ditengah kek keju ini begitu lazat dinikmati bersama minuman petang kegemaran anda.





















Sabtu, 12 Mei 2012

Hadiah Buat Sikecil - Kek Angry Bird

ANGRY BIRD Birthday cake. Still in hot season. Ditempah khas untuk sicomel sempena ulangtahun pertama. Kek berlapis puding keladi (yam) ini dihiasi karakter angry bird. Lapisan bawah diselaputi krim segar dan angry bird pula dengan fondan. Seberat 3kg++ dengan harga RM130-00. Cukup untuk semua family.
Saya buat sendiri semua ini berpandukan gambar angry bird. Semua kreativiti yang ada saya gunakan dan saya amat berpuashati dengan hasil kerja saya. Thanks Allah.

Ahad, 26 Februari 2012

Kek Perkahwinan ~ As & Azali



Kek Bawah (Carrot Cake, Chocolate Moist, Vanila) Diiringi cupcake comel coklat moist dengan hiasan strawberi dan kiwi segar. RM245-00. Kenangan perkahwinan yang terindah.

PENGAMBILAN PELATIH INDUSTRI (INTERN)

 Kami sedia menerima Pelatih Industri (Intern) dalam bidang Bakeri - Peluang pekerjaan dengan kami - Mempelajari teknik membuat berbagai jen...