Sempena Karnival 1 Malaysia Best Ekspo Agro Johor 2013,
pertandingan menghias kek telah dianjurkan oleh pihak penganjur dan saya telah
dijemput untuk menjadi juri pertandingan. Sebenarnya dah lama tak menjadi juri
pertandingan. Bukannya tak mahu, tapi masa selalu bertembung dengan kelas-kelas
bakeri. kalau nak batalkan kelas, kesian pula pada pelajar-pelajar yang dah
lama tunggu.
Para peserta pertandingan ini, sebahagiannya adalah ex-student
bakeri saya. Saya suka dan menggalakkan mereka masuk bertanding sebab boleh
membuka minda dan mereka jadi berani berdepan dengan audien. Ada juga yang
terketar ketar tangan pegang piping bag !.. Segala idea rasanya terbang entah
kemana sebab takut dan gementar... ;-)
Peserta sepatutnya 15 orang tapi tinggal 12 aje sebab ada yang
tarik diri saat saat akhir. Saya bimbang juga pada mulanya memandangkan para
peserta adalah dari kalangan mereka mereka yang telah biasa membuat dan
mengambil tempahan kek. Bimbang student saya rasa mereka tak layak berada dalam
acara.
Tapi hati saya kuat mengatakan bahawa mereka adalah setaraf dan
begitulah jadinya.. Kesudahan yang indah !! student saya mendapat tempat kedua
dan 3 orang mendapat saguhati !!. Yang penting, dapat sijil penyertaan dan
cenderahati yang hebat dari FAMA.
Terima kasih kepada FAMA yang telah menjemput saya dan kepada
student saya, Syafiq, Zazilah, Siti Nora & Roshaliza TAHNIAH!! kerana
berjaya menamatkan pertandingan ini dan dapat pengalaman berguna.
Jumpa lagi tahun depan dan bersedia serta berlatih untuk
pertandingan dalam EXPO MINI MAHA 2014!! Keterangan lanjut Kelas Bakery
Adios...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan