Rabu, 5 Februari 2014

Bergedil


Salam,…cuaca pagi ini begitu dingin dan angin sepoi sepoi bahasa terasa seperti berada di tanah tinggi. Mungkin cuaca sedang berganti musim dan seperti kita juga yang inginkan sesuatu yang berbeza untuk hidangan makan kita. Saya tidak begitu pasti dari mana asalnya makanan yang dinamakan Bergedil ini. Kalau ikut kata mak dan nenek saya, asalnya dari Tanah Jawa sebab mereka belajar dari moyang saya yang berasal dari sana dan berhijrah kesini sebelum merdeka lagi iaitu pada awal 20an..
edited bergedilllll
Bergedil boleh dimakan begitu sahaja sebagai makan utama kerana kandungan utamanya adalah kentang dan kentang pula adalah makanan ruji bagi sebahagaian negara di dunia ini. Jadi…memang kenyanglah kalau makan bergedil sahaja tanpa sampingan lain. OK…hari ini akan saya kongsi resepi bergedil express yang senang disediakan dan cut the preparation time tapi masih sedap dan enak.
Bergedil juga boleh ditambah ayam, daging, udang atau apa saja yang disukai. Tetapi, bahan tambahan ini perlulah dihiris halus dan dimasak seketika  supaya tidak berair dan juga bimbang bahan tambahan ini tidak masak kerana bergedil tidak mengambil masa yang lama untuk digoreng/masak.
edited bergedil   edited bergedilll
BAHAN BAHAN
1 kg kentang (dibuang kulit, hiris nipis, digoreng lembap dan ditumbuk halus)
Segenggam bawang goreng
Segenggam ikan bilis/udang kering ditumbuk kasar
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
sebiji telur
garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1.  Campur semua bahan diatas dan digaul rata
2.  Ambil satu sudu adunan, kepalkan, buat bentuk bulat dan tekan sedikit supaya leper
3. Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng hingga warna keemasan.
Bergedil juga enak dicicah bersama sambal kicap. Juga sebagai garnishing untuk soto. Luaskan hidangan ini sebagai kudapan sihat bersama hidangan lain. Kalau masih banyak yang tidak habis dimakan, simpan sebagai makanan sejuk beku dan boleh tahan lama.
Adios…

Tiada ulasan:

PENGAMBILAN PELATIH INDUSTRI (INTERN)

 Kami sedia menerima Pelatih Industri (Intern) dalam bidang Bakeri - Peluang pekerjaan dengan kami - Mempelajari teknik membuat berbagai jen...