Salam... dah masuk bulan zulhijjah. Bermakna raya haji @ korban pon dan dekat. Salam Takziah kepada keluarga mangsa kemalangan tren tumbang di Mekah.
Kelas kek dan roti memang tinggi permintaannya. Lebih lebih lagi bila nak dekat raya dan juga cuti sekolah. Cuma jadual yg padat dengan tempahan membuatkan kelas tertangguh seketika.
Saya kongsikan gambar gambar ini sepanjang kelas diadakan untuk memberi semangat bersama.
Yang ni, kelas cheese cake bersama practical student dari Politeknik Pasir Gudang. bukan setakat buat kelas aje. buat practical pon boleh kat sini. Kalau jauh, tempat tinggal saya sediakan. Kat atas kedai aje.
Haaa...tengoklah, banyaknya roti yg mereka buat. donut pon ada. roti naik pon ada. tak teringin ke?. ini semua hands-on. mereka buat sendiri dengan tujukajar saya.
Ini pula, kelas roti putih @ roti potong, roti pita, roti gandum dan roti perancis. Memang seronok kalau kita belajar dan pandai buat. Disamping untuk hidangan keluarga, boleh juga jadi pendapatan tambahan.
Dua anak dara yang malu malu. Bila cuti sekolah, inilah ceritanya. Belajar buat kek dan menghias kek. Kelas yang happy dan happy
Roti yang dihasilkan pelajar dan anda pasti teruju untuk belajar dan belajar lagi.
Whatsapp @ pm saya untuk kelas atau klik di sini
Adioss..