Selamat pengantin baru Haryati dan Mohd Fikri semuga bahagia sepanjang hayat amin.
Ahad, 27 November 2011
Selasa, 22 November 2011
Buku
Hai kekawan!. Kalau nak mahir dalam pembuatan roti dan pastri carilah dalam koleksi ini..pasti seronok melakukannya.
Ingatlah, untuk mendapatkan "pelangi", anda memerlukan "hujan". Tiada jalan lain lagi. Waktu sukar sepatutnya membuatkan anda LEBIH BAGUS, bukannya MARAH DAN KECEWA (hard times should make you BETTER and not BITTER). Anda hanya mungkin menjadi LEBIH BAGUS jikalau anda belajar daripadanya seperti disebut dalam ucapan-ucapan berikut:
"Kita lebih banyak mendapat kebijaksanaan daripada kegagalan berbanding dengan kejayaan. Kita sering mengetahui apa yang akan kita buat, dengan menentukan apa yang tidak akan kita buat. Dan semungkinnya orang yang tidak pernah membuat kesilapan tidak juga pernah membuat penemuan".
Samuel Smiles
Sabtu, 12 November 2011
Peralatan / Equipment
Peralatan Di Sue Cookies & Savoury
Gas Oven (3 Deck)
Dough Divider
Fermentation Box
Cooling Rack
Dough Divider
Mixer
Table Mixer
Set of Decoration Nozel
Alphabet for fondant decoration
Checkered Cake Cutter
Smart Oven
Cake Display Chiller
Rabu, 9 November 2011
Sabtu, 5 November 2011
POTPET CIK CUADA
ALAMAK !! MAT SALEH ! SIAPA NAK TAKE ORDER ?
ASSALAMUALAM :)
hari ni aku nak POTPET pasal mat saleh datang coffee break,, peristiwa ni memang amat memalukan and aku tak kan lupekan,, tengah sibuk2 take oder,hantar oder tibe2 ade pulak 1 family mat saleh ni masuk coffee break,,
aku dengar suare sumbang customer cakap " adik ! mat saleh tu ! pergi amek oder die ! " aku berlari pergi dapur cari kak zila,,
AKU : kak ! orang putih la,, akak amek order kak,,
K.ZILA : NO! NO! pergi amek order die,, pergiiiii,,
tu la ayat kak zila,, aku ingat lagi,, aduh,, memang aku la yang kena amek order jawabnye,, aku dah susun ayat dulu da nak cakap ape,, sampai2 je dpn mat saleh tu aku lupe semua,, yang terkeluar dari mulut aku GOOD MORNING je,, hahahahahahahha !!!! tak boleh blah,, dialog aku dengan mat saleh tu lebih kurang macam ni,,
UNCLE : can you speak english ?
AKU : little little,, (sebenarnya aku nak cakap i cant speak english very well,, tapi aku lupe ayat tu,, haha )
AUNT : we look this menu first,,
AKU : ok,, call me when you want order,, ( aku pakai belasah je )
tak lame lepas tu die panggil,,
AUNT : coffee three,, orange juice four,, give me bread,, you have butter ?
AKU : butter ? urmm,, i suggest you roti bakar,, in roti bakar have a butter,,
AUNT : whats roti bakar ?
AKU : urm,, roti,, alaa,, roti bakar,, urmm ( aku fikir dalam english ape,, burn bread ? bread burn ? bun burn ? ape ekk ?? tibe2 aku ingat toaster,, ) aku pon cakap you know toaster ? the bread letak in toaster,, ( hahaha,, amek ko ! entah ape2 aku cakap )
UNCLE : owhh,, toast ?? ok,, one ,,
AKU : haaaaa ?? urm yes,, yes,,
AUNT : can we take the bread ? (roti yang dekat rak )
AKU : yes,, yes,,
UNCLE : what lempeng ?
AKU : pancake,, ( nasib baik aku ingat lempeng tu pancake )
UNCLE : ok ! i want one,,
AKU : orait ! thats all ??
AUNT : yes,, :)
memang entah ape2 aku cakap dengan mat saleh tu,, die cakap aku tak faham,, aku cakap lagi la die tak faham,,, haha,, malu giler,, muke ni rase tebal macam kamus dewan,, haha,, lepas take order,ade pulak customer nak tau mat saleh tu makan ape,, huhu,, peristiwa ni memang aku tak kan lupe kan,, kalau mat saleh tu datang lagi,, aku take order die siap bawak kamus sekali,, hahaha !!!! :)
Khamis, 3 November 2011
Kelas Roti Putih
KELAS ROTI TAWAR yang tidak pernah disangakan oleh pelajar saya akan hasilnya. Roti Putih, Perancis, English Muffin & Pita. Roti ini semuanya dibuat oleh pelajar saya dengan bimbingan saya. Kelas saya amat interaktif kerna pelajar didedahkan terus kepada teori dan praktikal serentak . Puan dan cik ini datang dari Muar dan T6. Terima kasih kepada mereka yang menghadiri kelas saya dan sudi menerima ilmu saya. Mereka ini adalah usahawan kecil yang gigih untuk menjadi usahawanita. Kelas Bakeri.
Sabtu, 15 Oktober 2011
Anika Kek
My Slidshow
http://tripwow.tripadvisor.com/tripwow/ta-0318-4a80-8c5d?ln
Pelbagai kek menarik dipersembahkan
Khamis, 28 Julai 2011
Kek Slideshow
Kek Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Kek Slideshow ★ to Kluang. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"
Biskut Raya
FRUITY NUT. Kehebatan rasa buahan-buahan dan kekacang (badam dan hazelnut) menjadikan biskut ini lain dari yang lain. Warna-warna merah, hijau dan hitam menjadikan ianya seperti permata. RM18.00 sebotol. (45-50 keping)
Biskut Tat Bunga. Buatan Tangan yang begitu berseni. Dibuat menggunakan mentega terpilih dan jem nenas yang masih mengekalkan rasa masam yang asli. RM20.00 sebotol (45-50 keping)
GOLDEN DOME. Nama ini saya berikan kerana bentuknya menyerupai dome dan keemasan warnanya. Biskut yang kaya dengan emping jagung ini (Cornflakes) begitu enak dengan campuran buah-buahan didalamnya. Kesempurnaan rasa lemak, manis dan masam buah biskut ini diserikan dengan lorekan coklat dan tak mampu menolaknya. RM18.00 sebotol (45-50 keping)
CRUNCHY OAT. Biskut oat ini akan cair didalam mulut anda dan anda tidak akan rasa nak berhenti apabila mula memakannya. Aroma yang begitu menggiurkan dan begitu banyak khasiat didalamnya. Biskut ini tanpa telur dan sangat sesuat bagi yang mengamalkan vegetarian. RM18.00 sebotol (45-50 keping)
Selasa, 26 Julai 2011
Koleksi Kek
Kek Oreo. Dipenuhi kepingan oreo yang menjadikan kek ini begitu teruju untuk dinikmati.
Choc Heaven...!!!
Coklat Lagi!...tapi, itulah yang digemari sebab, memang sedap...
Kek Kiwi...Khas utuk pengantin
Blueberry Cappucino Cake
Chocolate Orange...Yummy!!
Blue Sea...Kek untuk makan damai
Torquise Blue
Bluberry
Dull Blue
Vanila Fruit Flan...
Yam Cake...Purple's Crazy...hahahha
Khamis, 14 Julai 2011
Sabtu, 11 Jun 2011
Isnin, 30 Mei 2011
Membentuk Roti
Tekunnya mereka.......
Membentuk roti tidak semudah yang disangka, tetapi tidak sukar untuk mempelajarinya. Lihat hasilnya....anda berminat sertai kami.....
Ini juga enakkan.....
Membentuk roti tidak semudah yang disangka, tetapi tidak sukar untuk mempelajarinya. Lihat hasilnya....anda berminat sertai kami.....
Langgan:
Catatan (Atom)
PENGAMBILAN PELATIH INDUSTRI (INTERN)
Kami sedia menerima Pelatih Industri (Intern) dalam bidang Bakeri - Peluang pekerjaan dengan kami - Mempelajari teknik membuat berbagai jen...
-
BUTTERCREAM, kalau tak de ini maka tak bolehlah nak hias kek dengan mudah dan senang. buttercake memang sinonim dengan hiasan kek dan cu...
-
Kuih Bulan adalah kuih tradisional cina. Ianya dimakan semasa perayaan pertengahan musim luruh. Kuih bulan dianggap sebagai satu makanan is...
-
Nak rasa sirap bandung cincau yang betul betul kaw?.. cubalah resepi ini, sue jamin memang meletop dan sejuk je tekak. Mesti tak cukup...