FRUITY NUT. Kehebatan rasa buahan-buahan dan kekacang (badam dan hazelnut) menjadikan biskut ini lain dari yang lain. Warna-warna merah, hijau dan hitam menjadikan ianya seperti permata. RM18.00 sebotol. (45-50 keping)
Biskut Tat Bunga. Buatan Tangan yang begitu berseni. Dibuat menggunakan mentega terpilih dan jem nenas yang masih mengekalkan rasa masam yang asli. RM20.00 sebotol (45-50 keping)
GOLDEN DOME. Nama ini saya berikan kerana bentuknya menyerupai dome dan keemasan warnanya. Biskut yang kaya dengan emping jagung ini (Cornflakes) begitu enak dengan campuran buah-buahan didalamnya. Kesempurnaan rasa lemak, manis dan masam buah biskut ini diserikan dengan lorekan coklat dan tak mampu menolaknya. RM18.00 sebotol (45-50 keping)
CRUNCHY OAT. Biskut oat ini akan cair didalam mulut anda dan anda tidak akan rasa nak berhenti apabila mula memakannya. Aroma yang begitu menggiurkan dan begitu banyak khasiat didalamnya. Biskut ini tanpa telur dan sangat sesuat bagi yang mengamalkan vegetarian. RM18.00 sebotol (45-50 keping)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan