Salam penghujung tahun 2013. Diam tak diam dah abis pun tahun 2013. Masa berlalu terlalu pantas ? kenapa ekk? sebab kita sibuk dan macam macam nak buat. Cuma orang yang bermalas malasan sahaja yang asyik cakap lambatnya masa berlalu, bila la nak cukup bulan dan apa apalah yang berkaiatan dengan lambatnya masa berlalu.. hehehe.. ;-)
OK.. kita tinggalkan dulu kisah tahun 2013 yang dah dipenghujungnya. Kisah Popiah Goreng Berinti Ayam dan Sayuran adalah resepi dan cara-cara yang akan di hebohkan disini. Mungkin nampak macam senang jer nak buat tapi tanpa tips yang sebenarnya, popiah kita akan terbuka, lembik dan berminyak bila digoreng.
Kita nak beri orang makan tak kiralah samada kita peniaga atau masak untuk keluarga, suami dan anak anak, biarlah ianya sempurna, sedap dimata dan di mulut juga. Yang paling penting, mesti la SEDAPP.
RESEPI POPIAH GORENG BERINTI AYAM DAN SAYURAN
INTI POPIAH AYAM DAN SAYURAN
1 ketul dada ayam
1 bji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 batang lobak merah
Secekak kacang panjang
RM1 taugeh
2 keping tahu
3 sudu besar minyak masak
garam dan perasa secukup rasa
* Hiris kecil dada ayam dan ketepikan
* hiris halus bawang merah dan bawang putih
* racik kacang panjang dan potong lobak merah halus dan panjang (lebih kurang 2 inci)
* tahu di potong kecil kecil
CARA MEMASAK INTI
~ panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau
~ masukkan ayam hiris dan kacau hingga ayam masak (3 minit je)
~ masukkan kacang panjang dan lobak merah dan kacau gaul hingga layu sahaja
~ tambahkan tahu dan kacau rata.
~ perasakan dengan garam dan perasa secukupnya
~ matikan api dan masukkan taugeh. Kacau gaul hingga rata dan biarkan sejuk sedikit.
Ikut langkah langkah seperti dalam gambar untuk melipat popiah. HAAAA... kat sini saya nak beri tips yang TERPENTING.. cara nak lekatkan kulit popiah supaya tak terbuka ketika digoreng.
TIPS : bancuh 1 sudu tepung gandum dengan sedikit air tetapi jangan terlalu cair. sedang sedang aje macam tepung goreng pisang. Sapu lah pada hujung kulit popiah dan hasilnya... WAHHH!!
Letak inti anggaran satu sudu besar biar padat dan banyak. Kalau nak buat popiah panjang panjang, kita susunkan inti biar memanjang. Tapi kalau nak popiah yang gemok gemok, biarkan saja dan terus gulung.
Bila dah siap semua popiah digulung, barulah dipanaskan minyak dan buka api sederhana sahaja. kalau api besar besar, popiah jadi tak garing didalam dan mudah lembik. Balik balikkan selalu sebab popiah ni tak reti nak duduk diam bila kita terbalikannya dan kenelah kacau selalu supaya rata masaknya. Pasal nak buat sosnya, tak payah susah susah nak rebus cili bagai. kat sini, saya gunakan sos cili ditambah dengan sedikit air panas, kacau dan siap untuk dihidangkan bersama kopi atau teh. Ari ujan pulak tu.. selamat berjaya.
Adios...