Salam Tahun Baru 2014.... tahun 2013 telah berlalu dan tahun 2014 pula kita sedang melaluinya. Kisah suka, duka, pahit dan manis akan mula menghiasi diari sepanjang tahun ini. Semoga segala kebaikan. Rahmat dan Rahim ALLAH akan sentiasa melingkari hidup kita semua di sepanjang tahun ini. Tiada apa yang lebih indah dalam hidup melainkan segala perbuatan, tingkahlaku dan amalan kita berada dalam peliharaanNYA. Aminn YA RABB..
Pada penghujung tahun 2013 berjalan ke Johor Bahru kerana ada urusan yang perlu dilunaskan. Kalau asyik bertangguh pun lambat laun pun kene buat juga dan silap haribulan terus terlupa. Oleh kerana ada masa dan hubby pulak bercuti, kesempatan itu digunakan untuk melunaskan tanggungjawab yang belum selesai.
Oleh kerana tempat tujuan dibandaraya Johor Bahru, kesempatan ini juga digunakan untuk mengunjungi kedai roti lama yang masih bertapak dan beroperasi seperti biasa ditengah tengah arus pembangunan bandaraya yang tidak pernah menunggu sesiapa untuk maju dan berkembang pesat. Kisah kedai roti lama di Jalan Dhoby ini telah banyak disiarkan dan bercerita tentangnya. Pada saya, setiap cerita ada keunikannya yang tersendiri dan setiap kisah adalah asli oleh penceritanya.
Kedai roti di No. 26, Jalan Dhoby, Johor Bahru ini dikenali juga dengan nama Salahuddin Bakery. Kalau orang dulu dulu, produk kedai roti sebegini cukup popular dengan panggilan Roti Bai @ Roti Banggali kerana pada masa tu, tak ada pun orang melayu yang membuat roti. Rasanya orang cina pun tak ada kot... mungkin betul...
Sempat snap gambar hubby kejap. Kedai roti ini telah diusahakan sejak beberapa dekad lalu iaitu dari datuk, ayah dan anak iaitu tuanpunya yang terkini. Beroperasi di sebuah deretan kedai lama di Jalan Dhoby, kedai ini masih mengamalkan beberapa teknik lama dalam penyediaan membuat roti seperti proses pembakaran iaitu menggunakan ketuhar batu dan arang sebagai bahanapi.
Oleh kerana permintaan yang bertambah, teknologi moden juga terpaksa digunakan seperti mesin doh kerana pakcik pakcik dan abang abang kat situ tak larat lagi nak uli menggunakan tangan!!. Menurut tuanpunya kedai yang sempat saya temuramah sikit (tak dapat cakap banyak kearna ramai pulak pelanggan). Roti roti yang mereka hasilkan hanyalah untuk kedai mereka sahaja dan mereka tidak pernah menghantar @ menjual @ mengedar kepada orang atau syarikat luar. Dalam kata lain, kalau nak makan roti yang dibuat kat sini, kenelah datang ke kedai sendiri sebab pakcik bai tu tak ada jual dilain tempat.
Rak rak roti dan bekas bekas kat sini semuanya telah digunakan bergenerasi lamanya dan memang klasik!!. Kat sini Pilihan roti juga tidak banyak dan tidaklah ada berpeten @ berbentuk cantik cantik macam dikedai kedai roti moden. Roti bantal @ roti putih yang dijual kat sini pun tak ada yang potong potong. Oleh itu beli dan potonglah sendiri kat rumah. Pakcik dalam gambar kat bawah ni pulak, tauke kedai roti la.
Selain itu, roti perancis, roti kacang dan roti kelapa adalah produk utama disini. Roti kacang dan kelapa sebungkus ada 5 biji dan dijual pada harga RM2 sebungkus kalau tak salah la.. Roti roti kat sini memang murah dan lembut. Kalau nak dibandingkan dengan kedai roti moden, harganya macam langit dengan bumi..Kek buah pun ada. Cuma puff aje agak liat sikit tapi enak. Kalau pakai gigi palsu pastikan anda pakai polident!!
Yang penuh kat depan kedai dalam rak kaca tu, adalah biskut suji. resepi asli buatan tangan. Biskutnya besar besar dan dibungkus sempoi dalam plastik biasa aje. Roti kok dalam rak kaca tu pula dihantar oleh orang luar untuk memeriahkan produk yang sedia ada.
Roti kacang ada kat depan kaunter dan roti kelapa pula ada dibelakang kaunter. Kene asingkan sebab dua dua nampak sama je. Selain roti roti tadi, ada juga roti kismis, puff berinti pedas dan juga yang manis. Kita boleh nampak kesan kesan arang pada roti yang telah dibakar dan roti kat sini juga lebih perang dan gelap warnanya namun tetap lembut dan gebu. Jadi.... kalau anda ke Johor Bahru, singgahlah kat sini untuk menikmati roti yang segar setiap hari cuma parking susah sikit nak dapat. Jangan datang petang sangat sebab waktu saya datang dalam pukul 1.00 tengahari pun, roti dan lain lain tinggal banyak tu aje...;-)
Adios....
1 ulasan:
As salam sis, saya nak tanya, sis tahu tak di mana saya nak dapatkan roti perancis yang sedap dan lembut. Harga nya tak begitu mahal.. kalau boleh nak beli dalam borong.
Catat Ulasan